Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

APEC Informal Finance Ministers’ Meeting (IFMM) with APEC Business Advisory Council (ABAC)

APEC Informal Finance Ministers’ Meeting (IFMM) with APEC Business Advisory Council (ABAC)

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah mengetuai delegasi Malaysia ke APEC Informal Finance Ministers’ Meeting (IFMM) with APEC Business Advisory Council (ABAC).

APEC merupakan forum yang melibatkan 21 negara di Asia Pasifik termasuk Rusia, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun bagi mempromosikan kerjasama perdagangan.

Dalam mesyuarat kali ini, perbincangan adalah lebih kepada perkongsian dalam memulihkan ekonomi pasca COVID-19.

Sepanjang mesyuarat berlangsung, beliau berpeluang menyampaikan pandangan bagi memaklumkan berkenaan inisiatif-inisiatif Malaysia laksanakan dalam membantu kelangsungan hidup rakyat dan menyokong kesinambungan perniagaan.

Selain itu, beliau turut menekankan berkenaan kepentingan Kerajaan dan perniagaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan atas kepercayaan yang diberikan.

Arkib Foto

Logo Accessibility