YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mewakili Kementerian Kewangan Malaysia untuk ASEAN Finance Minister & Central Bank Governer Meeting (AFMGM) Kali Ke-8 yang diadakan secara maya dan dipengerusikan oleh negara Kemboja.
Dalam ucapan intervensi, beliau berkesempatan berkongsi mengenai kerjasama kewangan mampan ASEAN, yang mana Malaysia telah memberi keutamaan kepada pertumbuhan hijau dan agenda perubahan iklim yang dicerminkan dalam #Bajet2022 serta inisiatif masa lalu dan semasa seperti inisiatif perolehan hijau dan kemudahan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau.
Kedua-dua mesyuarat ASEAN telah berjalan dengan lancar. Beliau berharap sesi sebegini dapat memanfaatkan semua negara-negara ASEAN dan pembangunan rantau ini secara keseluruhan.