Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Bantuan Bencana Banjir

Bantuan Bencana Banjir

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa bagi menangani impak bencana banjir, Kementerian Kewangan (MOF) akan menyegerakan penyaluran RM50 juta kepada NADMA/Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) bagi memastikan kelangsungan bantuan kepada isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir.

Kadar Bantuan Wang Ihsan juga dinaikkan kepada RM1,000 dari RM500 bagi setiap isi rumah yang terjejas akibat banjir disebabkan Monsun Timur Laut atau terkesan daripada apa-apa bencana lain yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.

MOF juga menyalurkan peruntukan awal RM100 juta bagi persediaan usaha pemulihan pasca banjir. Bagi usaha ini, Kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam usaha membaiki rumah-rumah dan infrastruktur awam yang rosak akibat banjir.

Arkib Foto

Logo Accessibility