Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Bengkel OACP Perbendaharaan Malaysia Tahun 2026–2030

Bengkel OACP Perbendaharaan Malaysia Tahun 2026–2030

Unit Integriti Perbendaharaan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi Perbendaharaan Malaysia Tahun 2026–2030 di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Bengkel yang diadakan selama empat hari ini merupakan kesinambungan daripada OACP Kementerian Kewangan Tahun 2021-2025 yang akan berakhir pada 31 Disember 2025.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Kamaruddin M. Ripin, Ketua Unit Integriti Perbendaharaan Malaysia dan program ini telah dihadiri oleh Pegawai Penyelaras OACP daripada 19 Bahagian/Unit di Perbendaharaan Malaysia yang telah dilantik secara rasmi oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Bengkel ini dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) yang juga merupakan pegawai-pegawai daripada Bahagian Penyiasatan Tatakelola, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Antara objektif utama bengkel ini adalah membantu dan memandu pegawai penyelaras untuk merancang, mengenal pasti serta memberikan input yang relevan berdasarkan skop dan bidang tugas Bahagian/Unit masing-masing. Antara objektif lain adalah dapat mewujudkan sesi perbincangan secara strategik dan kolaboratif serta dapat menjana idea dan cadangan penambahbaikan bagi pembangunan OACP yang lebih efektif. Program ini juga berfokuskan untuk membangunkan OACP Perbendaharaan Malaysia Tahun 2026–2030 yang lebih mantap, inklusif dan berkesan dalam memperkukuh budaya integriti serta tadbir urus berasaskan nilai.

Penganjuran bengkel ini turut mencerminkan komitmen berterusan Perbendaharaan Malaysia ke arah pembangunan OACP Perbendaharaan Malaysia yang mantap, inklusif dan berkesan yang menjadi panduan tadbir urus dalam tempoh lima tahun akan datang selaras dengan aspirasi agenda nasional ke arah Malaysia yang bebas rasuah dan berdaya saing di peringkat global.

Arkib Foto

Logo Accessibility