Select your language
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan dialog dengan beberapa persatuan yang mewakili golongan profesional seperti peguam, jurutera, arkitek, juruukur, setiausaha, akauntan dan ejen hartanah. Antara yang dibincangkan adalah cabaran yang dihadapi golongan profesional dan perniagaan dalam mengatasi kesan pandemik Covid-19 dan bagaimana Kerajaan dapat menyokong mereka dalam usaha memulihkan ekonomi. Terima kasih atas pandangan dan idea yang dihujahkan.




