Kemeriahan reruai Kementerian Kewangan (MOF) pada hari pertama Program MADANI Rakyat (Zon Tengah) di Kuala Selangor menyaksikan kehadiran pengunjung untuk mendapatkan perkhidmatan - perkhidmatan yang disediakan.
Selepas mendapatkan perkhidmatan terus daripada Jabatan atau Agensi MOF, pengunjung juga berpeluang mencuba nasib melalui cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik.
Program MADANI Rakyat adalah kesinambungan Program Setahun Kerajaan MADANI yang telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember 2023.