Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Hari Psikologi Kementerian Kewangan Tahun 2026

Hari Psikologi Kementerian Kewangan Tahun 2026

Hari Psikologi Kementerian Kewangan (MoF) Tahun 2026 telah berlangsung di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Majlis perasmian yang bertemakan “Resilien: Bangkit, Tumbuh dan Mekar" telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan).

Hari Psikologi MoF Tahun 2026 dilaksanakan sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Bulan Kaunseling Kebangsaan pada bulan Oktober setiap tahun. 

Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di kementerian yang berperanan sebagai pelengkap kepada pengurusan sumber manusia dengan memberi fokus terhadap tiga aspek utama iaitu pembangunan, pencegahan dan pemulihan.

Antara tujuan program ini adalah meningkatkan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan warga MoF mengenai kepentingan kesejahteraan psikologi, memberikan pencegahan awal dalam penjagaan kesihatan mental dan meningkatkan kemahiran daya tindak dalam menangani cabaran dan isu kehidupan serta pekerjaan warga MoF.

YBhg. Dato' Sri Ab Rahim juga berkesempatan menyampaikan Sijil Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) MoF Tahun 2026 kepada seramai 19 penerima tauliah AKRAB dan 8 penerima Anugerah Pementoran Perkhidmatan Awam MoF Tahun 2026 terdiri daripada warga MoF, jabatan dan agensi di bawah MoF.

Seramai 550 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya sesi perkongsian ilmu oleh mantan Timbalan Ketua Polis Negara, pakar motivasi, personaliti dakwah, aktivis dan pempengaruh.

Program ini turut dimeriahkan dengan saringan kesihatan oleh Hospital Columbia Asia dan penyertaan reruai oleh AKRAB Perbendaharaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Lembaga Pembangunan Langkawi, Majlis AKRAB Kebangsaan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, Kaunter Wang Tidak Dituntut serta jualan buku motivasi dan makanan.

Arkib Foto