Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Hari Psikologi & Program Fun@Work MoF Tahun 2025

Hari Psikologi & Program Fun@Work MoF Tahun 2025

Majlis Perasmian Hari Psikologi dan ProgramFun@Work Kementerian Kewangan (MoF) Tahun 2025 bertemakan “Cipta Bahagia, Jiwa Sejahtera” telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Hari Psikologi dan Program Fun@Work MoF Tahun 2025 dilaksanakan sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Bulan Kaunseling Kebangsaan pada setiap tahun. Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di kementerian yang berperanan sebagai pelengkap kepada pengurusan sumber manusia dengan memberi fokus terhadap tiga aspek utama iaitu pembangunan, pencegahan dan pemulihan.

Antara tujuan program ini adalah meningkatkan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan warga kementerian mengenai kepentingan kesejahteraan psikologi khususnya untuk mewujudkan keseimbangan kerja dan kehidupan serta memberikan pencegahan awal dan pendedahan betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan mental dan mengawal emosi ketika berhadapan dengan tekanan.

YBhg. Datuk Johan juga menyampaikan Sijil Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) MoF Tahun 2025 kepada seramai 67 penerima tauliah terdiri daripada warga kementerian, jabatan dan agensi di bawah MoF.

Seramai 500 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang 2 hari program ini berlangsung. Antara yang menarik perkongsian ilmu, idea dan inspirasi daripada pakar motivasi, personaliti dakwah, aktivis, pempengaruh dan jurulatih kecergasan.

Program ini turut dimeriahkan dengan penyertaan reruai dan saringan kesihatan oleh Agenda Nasional Malaysia Sihat dan Hospital Columbia Asia, AKRAB Perbendaharaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK), Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Ex- Gratia (MoF), Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Curio Spa Event, jualan buku motivasi serta inspirasi dan jualan makanan.

Arkib Foto

Logo Accessibility