Hari terakhir Program MADANI Rakyat (Zon Tengah) di Kuala Selangor menyaksikan sambutan menggalakkan daripada pengunjung yang datang dari kawasan sekitar dan luar kawasan.
Program dimeriahkan lagi dengan Majlis Penutupan Perasmian oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor.
Kementerian Kewangan (MOF) menyediakan perkhidmatan terus kepada rakyat melibatkan Jabatan dan Agensi MOF antaranya WTD, STR, SARA, KWSP dan lain-lain.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang menjayakan Program MADANI Rakyat (Zon Tengah) Kuala Selangor. Sehingga kita bertemu lagi di program selanjutnya selepas ini.