Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Hari Tinjauan Bajet 2023 Di MOF

Hari Tinjauan Bajet 2023 Di MOF

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menyambut kedatangan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Putrajaya sempena hari tinjauan Bajet 2023.

Turut hadir YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I dan YB Datuk Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II serta diiringi YBhg. Datuk Seri Asri Hamidin @ Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Berbaki kurang daripada 24 jam sebelum pembentangan #Bajet2023, debaran semakin memuncak. Seperti biasa sebelum pembentangan Bajet, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri akan hadir untuk meninjau persiapan saat-saat akhir di MOF.

Secara ringkasnya, Bajet 2023 yang dirangka oleh #TeamMOF akan berfokus kepada Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan, Kemakmuran Ekonomi dan Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan.

Semoga dipermudahkan segala urusan #TeamMOF dan jangan lupa saksikan Pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober 2022 secara langsung di saluran RTM.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility