YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berkesempatan meluangkan masa untuk meninjau persiapan terakhir Belanjawan 2023 Malaysia MADANI dan menandatangani dokumen berkaitan di Kompleks Kementerian Kewangan, (MOF), Putrajaya.
Beliau turut diapit Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan dan YB Tuan Steven Sim Chee Keong serta Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican.
Beliau juga berkesempatan beramah mesra dengan mereka yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI.
![]() |
![]() |