YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan meluangkan masa meninjau kesiapsiagaan Belanjawan 2026 di Kompleks Kementerian Kewangan (MoF), Putrajaya.
Dalam sesi tersebut, beliau turut menandatangani dokumen-dokumen berkaitan Belanjawan 2026 serta beramah mesra dengan para petugas yang terlibat dalam penyediaannya.
Turut hadir, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II; YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan; YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta pegawai-pegawai MoF.