Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

IIC-SIDC Corporate Governance Conference 2022

IIC-SIDC Corporate Governance Conference 2022

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan merakamkan ucapan terima kasih kepada Majlis Pelabur Institusi Malaysia (IIC) dan Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) kerana telah menjemput beliau untuk merasmikan IIC-SIDC Corporate Governance Conference 2022, yang bertemakan “Investment Stewardship in Times of Heightened Sustainability Demands”.

Pelancaran Kod Pelabur Institusi Malaysia 2022 atau MCII 2022 yang telah disemak semula, sememangnya tiba tepat pada masanya, terutamanya apabila ESG bukan lagi satu kemahuan, tetapi ianya adalah satu keperluan.

Kerajaan kekal teguh dalam usaha memupuk dan membangunkan projek dan program yang mengutamakan prinsip ESG serta mengukuhkan rangka kerja tadbir urus dengan memberikan tumpuan terhadap integriti dan tadbir urus yang baik.

Untuk Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2025, atau menjadi negara rendah karbon menjelang 2040, kita tidak seharusnya bergantung semata-mata kepada Kerajaan atau Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Ingin beliau ingatkan bahawa kita semua harus memainkan peranan masing-masing dan memulakan perjalanan ke arah kemampanan supaya kita sama-sama dapat mencapai kemakmuran serta kesejahteraan untuk #KeluargaMalaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility