Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-14 2022

Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-14 2022

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-14 2022 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Parlimen bersama YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri, rakan-rakan kabinet serta Ahli-Ahli Parlimen. ⠀

Beliau menjunjung kasih Titah Diraja oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, beliau dan seluruh tenaga kerja Kementerian Kewangan akan terus bekerja keras dengan penuh integriti bagi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia dan pemulihan ekonomi negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility