Kemeriahan diteruskan dengan kehadiran para pengunjung pada hari kedua di reruai Kementerian Kewangan Malaysia di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Melaka.
Kementerian Kewangan Malaysia MOF menyediakan booth pameran korporat dan kaunter khidmat nasihat melibatkan Jabatan dan Agensi di bawah MOF iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara (ANM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA).