Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Di Negeri Kelantan

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Di Negeri Kelantan

YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) telah turun padang memantau sambutan yang amat menggalakkan hari kedua di booth Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) (K17) bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Kota Bharu, Kelantan.

Booth MOF menyediakan pameran korporat dan kaunter khidmat nasihat melibatkan Jabatan dan Agensi di bawah MOF iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara (ANM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA).

Jelajah tersebut diadakan pada 22 hingga 24 Julai 2022 bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu bermula pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam.


Arkib Foto

Logo Accessibility