Kemeriahan hari kedua di booth Kementerian Kewangan Malaysia bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sarawak yang berlangsung dari 5 hingga 7 Ogos 2022 bertempat di Dataran Perayaan, Petra Jaya, Kuching, Sarawak jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam turut diserikan oleh kehadiran YB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya merangkap Tuan Rumah Bagi Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sarawak.