Select your language
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan sesi dialog bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan wakil-wakil industri sawit di Ipoh, Perak.
Sebagai salah satu pengeksport minyak sawit terbesar dunia, industri sawit adalah amat penting kepada ekonomi Malaysia. Justeru, input dan cadangan dari penggiat industri amatlah dihargai.
Antara yang dibincangkan adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyokong industri pasca pandemik COVID-19 seperti penerapan lebih banyak buruh tempatan melalui ‘upskilling dan reskilling’, mempelbagaikan pendekatan mempromosi sawit sebagai eksport utama, dan sokongan Kerajaan di bawah Belanjawan 2021 untuk merangsang industri sawit.





