Pilih bahasa anda
Jelajah Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada Masyarakat Orang Asli tahun 2026 telah diadakan di daerah Gua Musang, Kelantan.
Seramai 107 orang penerima STR Orang Asli telah menerima bantuan STR bertempat di Dewan Bonda Yah, RPS Kuala Betis dengan jumlah penunaian sebanyak RM57,400.00
Program ini merupakan hasil usaha sama Kementerian Kewangan, Bank Simpanan Nasional, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Jabatan Kemajuan Orang Asli. Program ini bertujuan menyampaikan bantuan STR secara terus kepada masyarakat Orang Asli di daerah Gua Musang.
Program penunaian ini turut disertai Rakan Niaga SARA di bawah Jualan Rahmah yang memberi peluang dan pendedahan kepada penerima berkelayakan untuk membeli barangan SARA menggunakan MyKad masing-masing.
Cawangan Bank Bergerak BSN juga dibuka bagi perkhidmatan akaun dan tunai, perbankan digital serta perlindungan dan kebajikan sekali gus dapat memudahkan masyarakat Orang Asli.