Select your language
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menghadap KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang, untuk mempersembahkan perkembangan semasa kewangan dan ekonomi Negara.
Turut dipersembahkan juga adalah mengenai strategi Kerajaan dalam membina semula Negara pasca krisis pandemik COVID-19. Turut bersama adalah YAM Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd Mua’adzam Shah dan YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.


