Select your language
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, telah mengadakan sesi dialog bersama wakil-wakil industri pertanian. Beliau telah mendapat pelbagai cadangan dan maklumbalas daripada wakil-wakil industri untuk menambahbaik prestasi industri.
Antara topik yang dibincangkan adalah kejayaan model Syarikat Induk yang menunjukkan kepentingan kerjasama awam-swasta dalam membangunkan industri agromakanan dan lain-lain.
Beliau juga telah melawat gerai-gerai produk agro dan produk tempatan. Antara produk yang dijual adalah kopi tongkat ali, madu kelulut, nenas Rompine, sambal durian dan lain-lain.
Turut hadir YB Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Pahang dan YBrs. Baidzawi bin Che Mat, Ketua Eksekutif ECERDC.



