Select your language
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan Lawatan ke Titian Bakau di Pusat Eko-pelajaran Hutan Paya Laut Matang untuk melihat usaha pemeliharaan paya bakau di Kuala Sepetang, Taiping.
Beliau dan #TeamMOF juga telah mengadakan sesi dialog bersama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, agensi-agensi berkaitan, NGO dan persatuan nelayan antaranya, di Kuala Sepetang, Taiping.
Dialog ini adalah untuk mendapatkan input Belanjawan 2021, terutamanya dari aspek kelestarian alam sekitar, usaha-usaha memulihara dan memelihara khazanah negara kita.





