Select your language
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan sesi dialog bersama wakil-wakil industri utama Sarawak seperti minyak dan gas, pelancongan, tenaga dan lain-lain. Matlamat utama adalah untuk mendengar cabaran menghadapi COVID-19 dan membincangkan input serta solusi yang boleh diterapkan ke dalam Belanjawan 2021.
Turut serta dalam sesi ini adalah YB Datuk Amar Haji Awang Tengah, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Dato’ Sri Fadillah Yusof, Menteri Kanan (Kerja Raya) dan YB Datuk Amar Jaul Samion, SUK Negeri Sarawak, serta wakil Kerajaan Negeri.





