Lebih 5,000 penduduk hadir memeriahkan Karnival Kampung Angkat MADANI (KKAM) Kementerian Kewangan (MOF) Mukim Hulu Besut, Terengganu yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung La.
Karnival yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan membawa pendekatan perkhidmatan terus kepada rakyat melalui penglibatan 22 jabatan dan agensi kerajaan terutama di bawah Kementerian Kewangan.
Antara perkhidmatan disediakan sepanjang karnival ialah saringan asas kesihatan, pemeriksaan elektrokardiogram (ECG), pemeriksaan dan rawatan gigi, semakan dan rayuan bagi program STR, SARA serta Budi MADANI.
Agensi yang turut terlibat menjayakan karnival ini termasuk Institut Jantung Negara (IJN), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Bank Negara Malaysia, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Selain penyediaan perkhidmatan, pelbagai acara turut diadakan termasuklah Fun Ride Jembee, sukan rakyat antara warga MOF dan penduduk, penyampaian pelbagai jenis sumbangan serta penyerahan “sickbay” di Sekolah Kebangsaan Keruak.
Sebanyak 10 buah kampung di dalam Mukim Hulu Besut dijadikan Kampung Angkat MADANI MOF dan pelbagai projek pembangunan serta naik taraf kemudahan asas dilaksanakan melalui peruntukan RM2.5 juta di perkampungan terlibat.
Turut hadir di karnival ini ialah YB Dato’ Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, YBrs. Tuan Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), YBrs. Tuan Mohd Sukeri Ibrahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, YBrs. Tuan Haji Ahmad Nazwawi Harun, Pegawai Daerah Besut, pengurusan tertinggi jabatan dan agensi di bawah MOF serta pegawai-pegawai kanan kementerian.