Select your language
YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah singgah di Dewan Utama Kompleks Majlis Perbandaran Kuantan untuk melawat Kempen Pelan Bayaran Balik (Repayment Assistance) yang dianjurkan Pejabat Bank Negara Malaysia, Kuala Terengganu (BNMKT).
Melalui kempen tersebut pelanggan-pelanggan bank yang terjejas akibat pandemik Covid-19 boleh merangka pelan bayaran balik setelah berakhirnya tempoh moratorium automatik tidak lama lagi.
Institusi-institusi kewangan di yang terlibat adalah BNM, AKPK, CGC, SME Corporation, SME Bank, BSN, Bank Islam, CIMB, Public Bank, Maybank, Hong Leong Bank, BSN, Bank Rakyat & Agro Bank.





