Select your language
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Telekom Malaysia (TM) diketuai oleh Tan Sri Mohd Bakke Salleh, Pengerusi TM, dan Dato’ Noor Kamarul Anuar Nuruddin, CEO TM. Antara perkara yang dibincangkan termasuk sejarah TM dan halatuju masa depan, usaha-usaha merancakkan lanskap digitalisasi negara dalam era IR4.0 dan 5G, serta peranan TM dalam pembangunan negara.





