YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah menerima kunjungan hormat dari TYT Emir Salim Yüksel, Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia di Kementerian Kewangan.
Kedua-dua pihak telah membincangkan perkembangan terkini ekonomi serta usaha bagi meningkatkan perdagangan antara Malaysia dan Turkiye.
Pertemuan tersebut turut membincangkan hubungan dua hala dalam bidang kerjasama perbankan dan kewangan Islam terutamanya inisiatif pengukuhan pengurusan wakaf dan zakat serta keperluan untuk mempelbagaikan produk kewangan Islam.