Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Kunjungan Hormat Menteri Kewangan II Kepada Timbalan Perdana Menteri

Kunjungan Hormat Menteri Kewangan II Kepada Timbalan Perdana Menteri

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah membuat kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Parlimen.

Sesi perjumpaan diisi dengan perbincangan berkisar usaha-usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat di luar bandar, program-program pembangunan, peningkatan infrastruktur untuk pemugaran desa dan memperkasa penduduk desa dalam mendepani cabaran globalisasi.

Selain itu, KKDW bertekad meneruskan usaha-usaha pembangunan infrastruktur asas di luar bandar di bawah peruntukan pembangunan demi menyokong pembangunan sosio-ekonomi, menyasarkan pengecilan jurang ketidakseimbangan pembangunan antara penduduk bandar, luar bandar dan wilayah serta mewujudkan persekitaran kehidupan luar bandar yang sejahtera dan makmur seperti mana yang digariskan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030.

Peningkatan peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan pada tahun 2024 menunjukkan komitmen tinggi dan berterusan Kerajaan dalam melaksanakan agenda pembangunan luar bandar yang memanfaatkan 8.1 juta penduduk desa. Malah, peruntukan ini selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar serta meningkatkan darjat hidup rakyat.

Arkib Foto

Logo Accessibility