Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Kunjungan Hormat & Penyampaian Hadiah Kempen Cashless Boleh 5.0 Kepada KPKT

Kunjungan Hormat & Penyampaian Hadiah Kempen Cashless Boleh 5.0 Kepada KPKT

Kementerian Kewangan (MoF), menerusi Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK) bersama Syarikat Payments Network Malaysia (PayNet), telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai tanda penghargaan atas kejayaan KPKT yang diiktiraf sebagai antara pemenang Kempen Cashless Boleh 5.0.

Kempen ini dilaksanakan hasil kerjasama PayNet, dengan matlamat memperkukuh dan memperluas penggunaan pembayaran tanpa tunai dalam sektor awam, sekali gus menyokong agenda pendigitalan perkhidmatan Kerajaan.

Tahniah diucapkan kepada KPKT atas pencapaian cemerlang mendapat tempat kedua dalam kategori 'Kerajaan Persekutuan (50K-100K Transaksi)' bagi Kempen Cashless Boleh 5.0. KPKT telah membuktikan komitmen tinggi dalam memacu agenda digital dengan merekodkan kadar transaksi tanpa tunai melebihi 95%.

Pencapaian ini adalah hasil sokongan padu seluruh rakyat Malaysia dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang kini lebih pantas, selamat, dan telus. 

Sempena kunjungan tersebut, hadiah kemenangan telah disampaikan oleh delegasi MoF yang diketuai oleh Tuan Haji Ghazali Hizam, Setiausaha BKSK, kepada YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman Taib selaku wakil rasmi KPKT.

 

Arkib Foto