Pilih bahasa anda
Kementerian Kewangan (MoF), menerusi Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK), telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Wan Hashim Wan Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai tanda penghargaan atas kejayaan KPM yang diiktiraf sebagai antara pemenang Kempen Cashless Boleh 5.0.
Tahniah diucapkan kepada KPM atas pencapaian cemerlang dalam kategori ‘Federal Government <50K Transaction’ bagi Kempen Cashless Boleh 5.0. KPM telah membuktikan komitmen tinggi dalam memacu agenda digital dengan merekodkan kadar transaksi tanpa tunai melebihi 95%.
Pencapaian ini adalah hasil sokongan padu seluruh rakyat Malaysia dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang kini lebih pantas, selamat dan telus.
Sesi penyampaian hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Ghazali Hizam, Setiausaha BKSK kepada YBhg. Dato’ Wan Hashim Wan Rahim selaku wakil rasmi KPM.