Pilih bahasa anda
Kementerian Kewangan (MoF), menerusi Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK), telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sebagai tanda penghargaan atas kejayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diiktiraf sebagai antara pemenang Kempen Cashless Boleh 5.0.

Kempen ini dilaksanakan hasil kerjasama dengan Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet), dengan matlamat memperkukuh dan memperluas penggunaan pembayaran tanpa tunai dalam sektor awam, sekali gus menyokong agenda pendigitalan perkhidmatan kerajaan.

Tahniah diucapkan kepada PTPTN atas pencapaian cemerlang dalam kategori ‘Federal Government (>500K Transaction)' bagi Kempen Cashless Boleh 5.0.
PTPTN telah membuktikan komitmen tinggi dalam memacu agenda digital dengan merekodkan kadar transaksi tanpa tunai melebihi 99%.
Sempena kunjungan tersebut, hadiah kemenangan telah disampaikan oleh delegasi MoF yang diketuai oleh Tuan Haji Ghazali Hizam, Setiausaha Bahagian, BKSK kepada YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid selaku wakil PTPTN.