Select your language
YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah menerima kunjungan hormat YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Dalam pertemuan tersebut, mereka telah berbincang berkenaan ekonomi negara dan juga berkongsi pendapat berkenaan peluang-peluang yang boleh diambil oleh rakyat melalui inisiatif PEMULIH.
Dalam pada itu, banyak persoalan dan kekeliruan yang timbul di media sosial dan mereka bersama-sama mengatur strategi berkenaan pendekatan dan usaha untuk memberikan penerangan yang terbaik agar tidak timbul lagi kekeliruan dalam kalangan masyarakat pada masa akan datang.