Select your language
YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah menerima kunjungan hormat YB Dato' Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan II.
Sepanjang sesi perbincangan, beliau melihat kedua-dua kementerian sangat berdedikasi dan bersemangat untuk bekerjasama menghadapi situasi tidak diduga seperti sekarang. Lebih-lebih lagi sektor pendidikan adalah antara yang paling teruk terjejas.
Beliau berharap Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dirangka dapat membantu sektor-sektor penting dalam negara dan harapan beliau juga supaya kerjasama erat antara kementerian dapat membentuk pelan yang terbaik untuk rakyat.