YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi kunjungan hormat terhadap YAB Dato' Sri Hj. Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi menerima kunjungan beliau dan pasukan Kementerian Kewangan (MOF) serta agensi-agensi MOF Negeri Pahang.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YBhg. Dato’ Indera Nazri Abu Bakar, Pegawai Kewangan Negeri Pahang dan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri yang turut serta dalam sesi tersebut.
Terdapat pelbagai perkara serta isu yang telah dibentangkan serta dibincangkan sepanjang sesi perbincangan tersebut dan turut mencapai keputusan bersama.
Beliau berharap agar perhubungan antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kementerian Kewangan akan lebih erat dan sentiasa berjaya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat Pahang dan keluarga Malaysia.