Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Kunjungan Pasukan Tabung Kewangan Antarabangsa Ke MoF

Kunjungan Pasukan Tabung Kewangan Antarabangsa Ke MoF

Pasukan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diketuai Puan Rupa Duttagupta, Timbalan Pengarah di Jabatan Asia dan Pasifik, IMF telah memulakan misi rasmi selama empat hari dengan mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan. 

Turut disusuli dengan Mesyuarat Teknikal Tahunan Malaysia–IMF yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dengan kehadiran Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Bahagian Cukai, Pejabat Belanjawan Negara serta Pasukan Subsidi.

Mesyuarat tersebut memberikan gambaran keseluruhan mengenai prestasi fiskal dan prospek ekonomi Malaysia mendepani landskap global yang semakin tidak menentu. Perbincangan memberi tumpuan kepada kedudukan fiskal negara, peluasan hasil, rasionalisasi subsidi, serta usaha meminimumkan kesan ekonomi global terhadap kewangan negara. 

Selain itu, dialog interaktif ini memberi peluang kepada Malaysia untuk memanfaatkan pengalaman rundingan global IMF bagi mendapatkan pandangan strategik negara rakan serantau dalam menangani cabaran struktur yang seumpamanya.

Arkib Foto