Select your language
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menerima kunjungan YTM Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz, Tan Sri Jemilah Mahmood, Shareen Abd Ghani, Yayasan Hasanah dan MRCS bagi berkongsi tentang platform ‘Malaysia Action and Coordination Hub (MATCH)’.
Dilancarkan pada awal penularan wabak COVID-19, tujuan platform MATCH Hub adalah untuk meningkatkan kecekapan proses pengagihan bantuan menerusi analisis data dan penggunaan teknologi. Data juga dikongsi dengan pelbagai pihak untuk memastikan ketelusan proses agihan.


