Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Larian Kewangan 2024

Larian Kewangan 2024

Larian Kewangan 2024 telah diadakan di Dataran Wawasan, Putrajaya bersempena dengan Hari Sukan Negara.

Larian kali ini membawakan konsep penjagaan alam sekitar dan turut diadakan ialah Pertandingan Hero Alam (Kumpul Sampah Terbanyak) bagi mendidik pentingnya menjaga persekitaran selepas menyertai pertandingan seumpama ini.

Tiga kategori larian telah dianjurkan menerusi program ini iaitu larian terbuka 10 KM, fun run 5 KM dan larian VIP 3 KM.

Pelepasan larian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Anis Rizana Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Datuk Hisham Rusli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Lembaga Hasil Dalam Negeri dan YM Raja Muhammad Azhan Shah Raja Muhammad, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan Dan Pengurusan, Kementerian Kewangan.

Sekitar 2,800 orang telah menyertai Larian Kewangan 2024 yang turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik.

Arkib Foto

Logo Accessibility