Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Larian Kewangan Tahun 2026 Meriah Dengan Penyertaan 2,000 Peserta

Larian Kewangan Tahun 2026 Meriah Dengan Penyertaan 2,000 Peserta

Larian Kewangan Tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah di Dataran Wawasan, Putrajaya, dengan penyertaan seramai 2,000 peserta.

Program anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kementerian Kewangan (MKSAKK) dengan kerjasama Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) selaku Pengelola Bersama ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II.

Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar); YBhg. Dato’ Sr Abdul Razak Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta; barisan Pengurusan MoF serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah MoF.

Larian Kewangan Tahun 2026 menawarkan tiga kategori utama, iaitu Larian Terbuka 10 KM termasuk kategori Veteran Lelaki dan Wanita, Fun Run 5 KM serta Larian VIP 3 KM.

Menambahkan lagi kemeriahan program, YB Menteri Kewangan II bersama-sama Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan barisan Pengurusan MoF turut meluangkan masa menyertai aktiviti permainan pickleball dalam suasana santai dan penuh semangat kesukanan. Acara Cabutan Rezeki yang menawarkan pelbagai hadiah menarik turut menceriakan suasana serta menambahkan keterujaan para peserta.

Penganjuran program ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, menyemarakkan semangat kesukanan serta memperkukuh kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan warga MoF dan jabatan serta agensi.

Semoga semangat kebersamaan dan budaya hidup sihat yang diterapkan melalui penganjuran ini terus menjadi pemangkin kepada pembentukan warga kerja yang cergas, produktif dan berdaya saing.


Arkib Foto