Kementerian Kewangan (MOF) telah menerima lawatan delegasi Kemboja seramai 12 orang ke Malaysia yang diketuai oleh YBrs. Chheang Vanarith. Delegasi telah disambut oleh YBrs. Encik Abu Bakar @ Salleh Haji Jambol, Setiausaha Bahagian, Bahagian Antarabangsa.

Kunjungan ini bagi mengetahui lebih lanjut pengurusan kewangan kerajaan terutamanya berkaitan sistem Outcome Based Budgeting (OBB). OBB adalah pendekatan menyeluruh yang mempertimbangkan input, output dan hasil yang akan dicapai dengan dana awam.


