Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Ke Kilang Impressive Edge Sdn. Bhd. & Xepa-Soul Pattinson (Malaysia) Sdn. Bhd.

Lawatan Ke Kilang Impressive Edge Sdn. Bhd. & Xepa-Soul Pattinson (Malaysia) Sdn. Bhd.

Agenda Jelajah Belanjawan 2027 Negeri Melaka diteruskan dengan lawatan tinjauan YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan bersama Pasukan Belanjawan 2027 ke kilang operasi Impressive Edge Sdn. Bhd. dan Xepa-Soul Pattinson (Malaysia) Sdn. Bhd.

Tinjauan ini memberi tumpuan kepada keupayaan fasiliti dan ekosistem perkilangan bernilai tinggi yang berpotensi merancakkan rantaian bekalan tempatan, sekali gus mengukuhkan kedudukan Melaka sebagai lokasi pelaburan strategik bagi pertumbuhan ekonomi negeri. Pelaburan di sektor kejuruteraan persis dan pembuatan lanjutan serta farmaseutikal perlu bergerak seiring dengan peningkatan produktiviti, pembangunan bakat dan pengukuhan rantaian bekalan domestik.

Lawatan seperti ini membolehkan Kerajaan memahami dengan lebih dekat faktor yang diperlukan untuk terus meningkatkan daya tarikan pelaburan, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi dan memperluas peluang ekonomi kepada tenaga kerja serta perusahaan tempatan.

Arkib Foto