Select your language
YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah membuat lawatan ke Kompleks Telekom Malaysia Berhad di Cyberjaya, Selangor.
Beliau disambut oleh Tan Sri Mohd Bakkeh Salleh, Pengerusi Telekom Malaysia, Dato’ Noor Kamarul Anuar Nuruddin, Pengarah Urusan Telekom Malaysia / Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia serta seluruh warga Telekom Malaysia.
Pada pertemuan tersebut pihak TM telah berkongsi maklumat mengenai keadaan semasa industri telekomunikasi, termasuk aplikasi teknologi 5G, “Internet of Things” dan pengkomputeran awan (cloud computing) di Malaysia.





