Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Ke Pusat Transformasi Bandar Negeri Sembilan

Lawatan Ke Pusat Transformasi Bandar Negeri Sembilan

Dalam rangka Jelajah Belanjawan 2027 Negeri Sembilan, YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan bersama Pasukan Belanjawan 2027 telah mengadakan lawatan ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Negeri Sembilan di Plaza Angsana, Ampangan.

Lawatan ini memberi peluang untuk meninjau penyampaian perkhidmatan di kaunter serta kemudahan yang disediakan kepada pengguna, termasuk aspek tempoh menunggu, akses bagi warga emas dan orang kurang upaya (OKU) serta penyelarasan antara agensi.

Penambahbaikan perkhidmatan awam perlu diterjemahkan kepada pengalaman rakyat yang lebih mudah, cekap dan mesra pengguna melalui proses yang lebih ringkas serta penggunaan perkhidmatan digital yang bersesuaian.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), serta pihak pengurusan UTC Negeri Sembilan.

Arkib Foto