Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan ke Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, Selangor

Lawatan ke Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, Selangor

YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan meluangkan masa menghadiri Program Corporate Social Responsibility (CSR) yang bertempat di Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, Subang Jaya.

Dalam program ini, beberapa aktiviti telah diadakan antaranya lawatan ke bengkel bakeri dan sesi ramah mesra bersama anak-anak yang merupakan penghuni Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah. Penyampaian sumbangan juga telah diberikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Majlis ini turut disertai oleh kakitangan pengurusan asrama, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dan juga pengurusan tertinggi LHDNM.

Hadir sama di majlis ini, YBhg. Datin Paduka Norfiah Abdul Shukor, Timbalan Yang Dipertua Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, YB Michelle Ng, ADUN Subang Jaya, YBrs. Puan Wan Ramiza Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) LHDNM, YBhg. Dato' Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara dan Tuan Haji Azmir Kassim, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.

Arkib Foto

Logo Accessibility