Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan ke Tapak Projek KB Sentral & Stesen ECRL Kota Bharu

Lawatan ke Tapak Projek KB Sentral & Stesen ECRL Kota Bharu

Agenda Jelajah Belanjawan 2027 Negeri Kelantan diteruskan dengan lawatan delegasi Kementerian Kewangan ke tapak pembangunan KB Sentral, sebuah terminal pengangkutan bersepadu yang dirancang bagi melengkapi rangkaian pengangkutan di sekitar Stesen ECRL Kota Bharu.

Taklimat projek memberi tumpuan kepada status semasa pembangunan tapak, pelaksanaan kerja-kerja tanah serta perancangan pembangunan berorientasikan transit atau Transit Oriented Development (TOD).

Pembangunan ini berpotensi memperkukuh kesalinghubungan dan mobiliti, di samping meningkatkan jaringan logistik serta perdagangan wilayah yang dapat menyokong pertumbuhan ekonomi Negeri Kelantan.

Arkib Foto