Select your language
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan Lawatan Kerja ke Hasil Care Line dan Hasil Recovery Call Centre Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang terletak di Menara Hasil Bangi, Selangor.
Satu taklimat khas berkaitan Geran Khas Prihatin (GPK) dan Hasil Care Line (HCL) dan Hasil Recovery Call Centre (HRCC) serta Pelancaran Geran Khas Prihatin (GPK) telah diadakan semasa lawatan tersebut.
Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Turut hadir YBhg. Dato’ Asri Hamidon,Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM.


