YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah turun padang ke Kelantan sempena program Jelajah Perpaduan MADANI.

Beliau turut berada di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Pengkalan Chepa. Beliau telah berkesempatan berbincang dengan Tuan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, Pengarah Kastam Negeri dan Tuan Aladi Riping @ Arifin, Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Penguatkuasaan dan Pematuhan) dan pegawai-pegawai JKDM lain berkenaan kutipan hasil, rampasan dan isu-isu lain yang berkaitan.