Select your language
YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah mengadakan lawatan kerja dan sesi taklimat ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Negeri Pahang di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Beliau disambut oleh Encik Zubir Alias, Ketua KWSP Negeri Pahang dan Pegawai-Pegawai KWSP Negeri Pahang.
Semasa lawatan kerja tersebut beliau telah meninjau bagaimana keadaan orang awam yang berurusan di KWSP dengan pematuhan Standard of Procedure Penjarakan Sosial sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.






