Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Negara Ke Republik Turkiye

Lawatan Negara Ke Republik Turkiye

Merafak sembah menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj atas perkenan menerima YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan sebagai Menteri Pengiring bagi lawatan negara ke Republik Turkiye.

Turut hadir bersama semasa Istiadat Mengucap Selamat Berangkat adalah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri, Jemaah Menteri serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan.

Semoga lawatan negara selama 7 hari akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara kerajaan Malaysia dan Turkiye demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia. Semoga keselamatan dan kesejahteraan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku berdua juga dilindungi dan dipermudahkan serta untuk seluruh delegasi sepanjang perjalanan ini.


Arkib Foto

Logo Accessibility