YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan delegasi telah selamat tiba di Ankara, Republik Turkiye bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Ketibaan telah disambut dengan penuh adat istiadat dan dengan kehadiran TYT Fuat Oktay, Timbalan Presiden Republik Turkiye. Turut bersama-sama adalah Encik Sazali Mustafa Kamal, Duta Besar Malaysia ke Republik Turkiye dan TYT Emir Salim Yuksel, Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia.

Sepanjang 7 hari Lawatan Negara Rasmi tersebut, beliau akan mengiring KDYMM Tuanku berdua dalam pelbagai program termasuk pertemuan KDYMM Tuanku bersama TYT Recep Tayyop Erdogan, Presiden Republik Turkiye.

