Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Rasmi Negara Ke Turkiye

Lawatan Rasmi Negara Ke Turkiye

Berkumandangnya Lagu ‘Negaraku’ di Republik Turkiye mencoretkan satu lagi hari yang bersejarah buat seluruh #KeluargaMalaysia. .

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah diberi Sambutan Negara oleh Republik Turkiye sempena lawatan baginda dan disambut oleh TYT Recep Tayyip Erdogan, Presiden Republik Turkiye.

Sambutan penuh istiadat di Kompleks Presiden, Ankara, dimulakan dengan Seri Paduka Baginda menerima tabik hormat dengan diriingi lagu kebangsaan kedua-dua buah negara dan tembakan 21 das meriam.

Baginda kemudian memeriksa perbarisan kawalan kehormat dan diperkenalkan kepada barisan kabinet Republik Turkiye.

Seri Paduka Baginda kemudiannya berkenan untuk mengadakan pertemuan empat mata bersama Presiden Erdogan di Istana Presiden.

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan selaku Menteri Pengiring bagi lawatan rasmi negara ke Republik Turkiye dan semoga segala rangka program selama 7 hari akan berjalan lancar dan dipermudahkan.  

Arkib Foto

Logo Accessibility